Thursday, September 10, 2009

Teringin nak jadi Jutawan

Susah ker nak jadi Jutawan ? SUSAH! Memang susah…. Siapa kata senang?
Kalau senang, ramai sudah jutawan di dunia ini. Tetapi hakikatnya, hanya lebih kurang 5% penduduk sahaja yang hidup senang lenang dan betul-betul bebas kewangan.


TETAPI, ada satu perkara yang akan memudahkan anda untuk menjadi jutawan… (bukan menyertai skim cepat kaya Internet yang menjanjikan berjuta sekelip mata!).
Iaitu, lakukan apa yang anda suka. Lakukan apa yang anda enjoy. Sekiranya anda menjalankan perniagaan yang berkait rapat dengan minat anda, hobby anda, atau passion anda, maka, perjalanan menjadi jutawan menjadi lebih mudah.


Bagaimana pula sekiranya tiada minat atau hobby? Bolehkah kita mulakan sebarang perniagaan sahaja? Boleh… lakukan apa perniagaan sahaja, tetapi, dalam proses menjalankan perniagaan itu, bina minat keatas perniagaan tersebut. Belajar untuk meminatinya juga oleh kerana ia akan memudahkan anda untuk mencapai jutawan. Seperti orang kata: Tak kenal, maka tak cinta!


Manjadi usahawan bukan bermakna kita berniaga sesukahati kita. Kena faham maksud perkataan itu sendiri.
Usahwan bermaksud orang yang berusaha. Berusaha melalui kerja kuat atau kerja bijak. Orang yang tidak berusaha itu bukan usahawan. Orang yang berusaha pula sudah tentu ada keupayaan dan daya untuk berusaha. Maka itulah ada dayausaha dan dayamaju.
usahawan = orang yang berusaha

jutawan = orang yang menjadi usahawan
Persoalannya, berhasilkah usaha kita? Betulkah usaha kita? Hanya untuk renungan…

No comments:

Post a Comment