Susah ker nak jadi Jutawan ? SUSAH! Memang susah…. Siapa kata senang?
Kalau senang, ramai sudah jutawan di dunia ini. Tetapi hakikatnya, hanya lebih kurang 5% penduduk sahaja yang hidup senang lenang dan betul-betul bebas kewangan.
TETAPI, ada satu perkara yang akan memudahkan anda untuk menjadi jutawan… (bukan menyertai skim cepat kaya Internet yang menjanjikan berjuta sekelip mata!).
Iaitu, lakukan apa yang anda suka. Lakukan apa yang anda enjoy. Sekiranya anda menjalankan perniagaan yang berkait rapat dengan minat anda, hobby anda, atau passion anda, maka, perjalanan menjadi jutawan menjadi lebih mudah.
Bagaimana pula sekiranya tiada minat atau hobby? Bolehkah kita mulakan sebarang perniagaan sahaja? Boleh… lakukan apa perniagaan sahaja, tetapi, dalam proses menjalankan perniagaan itu, bina minat keatas perniagaan tersebut. Belajar untuk meminatinya juga oleh kerana ia akan memudahkan anda untuk mencapai jutawan. Seperti orang kata: Tak kenal, maka tak cinta!
Manjadi usahawan bukan bermakna kita berniaga sesukahati kita. Kena faham maksud perkataan itu sendiri.
Usahwan bermaksud orang yang berusaha. Berusaha melalui kerja kuat atau kerja bijak. Orang yang tidak berusaha itu bukan usahawan. Orang yang berusaha pula sudah tentu ada keupayaan dan daya untuk berusaha. Maka itulah ada dayausaha dan dayamaju.
usahawan = orang yang berusaha
jutawan = orang yang menjadi usahawan
Persoalannya, berhasilkah usaha kita? Betulkah usaha kita? Hanya untuk renungan…
Thursday, September 10, 2009
Kekuatan sesuatu bulatan kenalan

Kekuatan sesuatu bulatan kenalan. Ia akan membentukkan anda menjadi seperti bulatan kenalan tersebut.
Sekiranya anda merasakan diri anda tidak maju, mungkin juga ia kerana bulatan kenalan yang anda sering sertai tidak membawa anda kehadapan. Dalam erti kata lain, kenalan yang ada sering bersama, tidak mempunyai visi dan matlamat seperti anda. Bukan bermaksud untuk tinggalkan kenalan kini (semestinya bukan!), tetapi untuk anda menambah kenalan lain untuk membuka minda anda sendiri.
Beranikan diri keluar dari bulatan kenalan anda dan bina bulatan kenalan yang baru sebagai tambahan dan meluaskan bulatan.
Yang kaya menjadi semakin kaya kerana… Mempunyai pendapatan yang tinggi, oleh itu, simpanan dan pelaburan juga tinggi. Contoh, pendapatan RM20,000 sebulan, sekirnaya menggunakan RM10,000 sebulan, masih lagi boleh menyimpan atau melaburkan RM10,000 setiap bulan. Sekiranya dilaburkan dalam ASB pun, jumlah itu akan menjadi lebih dari RM1 juta dalam masa kurang dari 6 tahun sahaja! Bagi yang berpendapatan RM30,000 pula, sekiranya dapat melabur RM20,000 setiap bulan, dalam masa 3 tahun sahaja, dapat mengumpul 1 juta!
Yang kaya akan menjadi semakin kaya kerana… yang kaya dapat menarik dan network dengan golongan kaya dan berjaya. Seseorang akan menjadi seperti bulatan kenalan mereka. Apabila bulatan kenalan adalah antara yang kaya dan berjaya, ia akan secara langsung menjadikan yang kaya lebih kaya oleh kerana peluang-peluang perniagaan melalui network mereka yang berjaya yang semakin besar.
Yang miskin akan menjadi semakin miskin… oleh kerana bekerja kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Tiada ruang untuk menyimpan atau melabur. Dalam masa bertahun, tahun, tiada pulangan pelaburan.
Yang miskin akan menjadi semakin miskin… apabila bulatan kenalan adalah terhad kepada lingkungan yang sama. Tidak dapat melihat peluang perniagaan, dan tidak dapat peluang network yang luas dikalangan mereka berjaya.
Namun perlu di ingat, yang kaya, boleh menjadi miskin dengan sekelip mata dengan ketentuan Ilahi. Yang miskin juga boleh menjadi kaya dengan usaha & keredhaanNya.
Wednesday, September 9, 2009
Penatnyer Puasa

Memakai Premium Beautiful semasa berpuasa badan akan sentiasa cergas tanpa rasa lapar dan haus yang melampau. Ini adalah kerana kesan grip dan mendakap kemas perut membuatkan anda akan sentiasa rasa kenyang dan bertenaga. Berat badan akan menurun ke arah ideal dan yang paling best 'fit and firm' badan kembali semula seperti dulu-dulu.
Tempahan PB

Kawan2 yg dah tempah PB, insyaallah akan dpt sebelum rayer ek. Semoga Aidilfitri tahun ini lebih berbeza dan lebih bergaya berbanding thn sebelum ini.
Peluang sentiasa ada
"Sekarang, jika kita tidak ambil risiko dan berani, kita tidak boleh jadi kaya.
Tidak boleh menjadi jutawan kerana peluang adalah lebih banyak daripada dulu"
- Billi Lim
Tidak boleh menjadi jutawan kerana peluang adalah lebih banyak daripada dulu"
- Billi Lim
Fikir untuk berjaya
"Saya fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya.
Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan"
- Dato' Hussamuddin
Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan"
- Dato' Hussamuddin
Subscribe to:
Posts (Atom)