
Kekuatan sesuatu bulatan kenalan. Ia akan membentukkan anda menjadi seperti bulatan kenalan tersebut.
Sekiranya anda merasakan diri anda tidak maju, mungkin juga ia kerana bulatan kenalan yang anda sering sertai tidak membawa anda kehadapan. Dalam erti kata lain, kenalan yang ada sering bersama, tidak mempunyai visi dan matlamat seperti anda. Bukan bermaksud untuk tinggalkan kenalan kini (semestinya bukan!), tetapi untuk anda menambah kenalan lain untuk membuka minda anda sendiri.
Beranikan diri keluar dari bulatan kenalan anda dan bina bulatan kenalan yang baru sebagai tambahan dan meluaskan bulatan.
Yang kaya menjadi semakin kaya kerana… Mempunyai pendapatan yang tinggi, oleh itu, simpanan dan pelaburan juga tinggi. Contoh, pendapatan RM20,000 sebulan, sekirnaya menggunakan RM10,000 sebulan, masih lagi boleh menyimpan atau melaburkan RM10,000 setiap bulan. Sekiranya dilaburkan dalam ASB pun, jumlah itu akan menjadi lebih dari RM1 juta dalam masa kurang dari 6 tahun sahaja! Bagi yang berpendapatan RM30,000 pula, sekiranya dapat melabur RM20,000 setiap bulan, dalam masa 3 tahun sahaja, dapat mengumpul 1 juta!
Yang kaya akan menjadi semakin kaya kerana… yang kaya dapat menarik dan network dengan golongan kaya dan berjaya. Seseorang akan menjadi seperti bulatan kenalan mereka. Apabila bulatan kenalan adalah antara yang kaya dan berjaya, ia akan secara langsung menjadikan yang kaya lebih kaya oleh kerana peluang-peluang perniagaan melalui network mereka yang berjaya yang semakin besar.
Yang miskin akan menjadi semakin miskin… oleh kerana bekerja kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Tiada ruang untuk menyimpan atau melabur. Dalam masa bertahun, tahun, tiada pulangan pelaburan.
Yang miskin akan menjadi semakin miskin… apabila bulatan kenalan adalah terhad kepada lingkungan yang sama. Tidak dapat melihat peluang perniagaan, dan tidak dapat peluang network yang luas dikalangan mereka berjaya.
Namun perlu di ingat, yang kaya, boleh menjadi miskin dengan sekelip mata dengan ketentuan Ilahi. Yang miskin juga boleh menjadi kaya dengan usaha & keredhaanNya.